3 kes jangkitan Covid-19 varian UK ditemukan dalam pesakit yang tiada sejarah perjalanan

0
107

TOKYO – Para doktor di Jepun menemukan kewujudan Covid-19 varian United Kingdom (UK) menjangkiti tiga pesakit yang tidak pernah mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut.

Ketiga-tiga pesakit tersebut yang berumur di antara 20 hingga 60 tahun itu berasal dari wilayah Shizuoka yang terletak kira-kira 201 kilometer di barat Tokyo, lapor portal The Gurdian.

Menurut salah seorang pegawai kementerian kesihatan, pihak berkuasa kini sedang menyiasat bagaimana ketiga-tiga individu tersebut dijangkiti varian tersebut, dan menambah tiada bukti setakat ini yang menunjukkan jangkitan tersebut tersebar di wilayah itu.

Setakat ini, Jepun sudah melaporkan sebanyak 45 kes jangkitan akibat varian yang mula dikesan di UK, Afrika Selatan dan Brazil itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here