30 terkorban dalam serangan letupan rejim al-Assad

0
29
Serangan tentera rejim Bashar Al-Assad di Wilayah Daraa, Syria.

DAMSYIK – Lebih daripada 30 orang  terbunuh dalam serangan letupan dipercayai dilakukan oleh rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad di Wilayah Daraa sejak awal Disember lalu.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), rejim Assad telah mengumpulkan sejumlah besar tentera, sebelum mengerahkan mereka berpecah di bangunan dan penempatan di daerah Al-Dahiyah dekat Barat Daya Daraa.

Serangan dilakukan bagi memusnahkan beberapa penempatan penduduk serta menangkap suspek dikehendaki.

Rejim al-Assad sebelum ini menyeksa 98 penduduk yang melanggar perjanjian Daraa 2018.

Penduduk yang diseksa termasuk sekitar 40 bekas tentera, yang meninggalkan pasukan ketenteraan Syria ketika perang saudara bermula.

Pada tahun 2018, Russia bersama-sama Syria menandatangani perjanjian yang membenarkan ribuan pemberontak dan orang awam ke jalan selamat di wilayah-wilayah lain yang dikuasai pemberontak, sementara mereka melancarkan serangan di Daraa – tempat kelahiran revolusi Syria.

Syria telah dilanda perang saudara sejak awal 2011 apabila rejim Assad memerangi penunjuk perasaan prodemokrasi. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here