3,000 jadi barisan pertama ujian klinikal, suntikan bermula hari ini

0
61
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 3,000 sukarelawan menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 dengan suntikan pertama bermula di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Menurut kenyataaan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebook hari ini, seramai 62 individu yang sihat telah dipilih menjadi sukarelawan penerima vaksin pertama yang akan disusuli dengan beberapa suntikan seterusnya mengikut jadual.

Sementara itu KKM memaklumkan sebanyak 9 hospital di seluruh negara akan terlibat dalam percubaan klinikal di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), KKM.

“Hospital berkenaan termasuklah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kajian ini melibatkan 3,000 orang sukarelawan tempatan dalam tempoh 13 bulan,” menurut kenyataan itu.

KKM berkata, program vaksinasi itu merupakan kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS).

“Kajian ini berupaya memainkan peranan dalam menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-CoV-2.

“Perlaksanaannya perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara yang mantap, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki yang akan dipantau secara ketat oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here