32 kakitangan positif Covid-19, Hospital Melaka masih beroperasi

0
71

MELAKA – Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes Covid-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

KKM mengesan 32 kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan Hospital Melaka.

Rahmad berkata, Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.

Menurutnya, kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif Covid-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.

“Sehingga 12 tengah hari semalam (Isnin), sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan,” katanya memetik laporan Bernama malam tadi.

Katanya, kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif Covid-19 di negeri itu sehingga Isnin ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here