6 hari terputus bekalan makanan, Ustaz Ebit hadir bagi bantuan

0
180
Ustaz Ebit menggunakan bot untuk memasuki kampung Orang Asli

PEKAN – Sebuah kampung yang dihuni lebih 300 Orang Asli dari suku Jakun di Paloh Hinai di sini terputus bekalan makanan sejak beberapa hari lalu selepas hampir seluruh Pahang dilanda banjir besar.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang tiba ke kampung tersebut bagi menyampaikan bantuan berkata, penduduk di kawasan tersebut terputus bekalan makanan sejak enam hari lalu.

“Kedai runcit kecil ada satu tapi dah tiada barang kerana jalan mereka terputus. Mereka ada dua biji bot bersaiz kecil sahaja.

“Kami bawa 500 set makanan yang sudah siap dan juga yang boleh dimasak. Saya juga berikan sedikit duit belanja pada ibu-ibu dan anak-anak,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Lebih 300 penduduk Orang Asli yang terputus bekalan makanan menerima bantuan daripada Ustaz Ebit

Dalam pada itu, Ebit yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit berkata, lebih menyentuh hatinya apabila sebaik tiba, penduduk kampung tersebut berebut-rebut datang ke bot mereka.

“Betul-betul ramai memerlukan saat ini, tak cukup tenaga dan masa. Berat rasa hati.

“Sepanjang hari ini, kami guna lapan bot untuk hantar makanan dari satu tempat ke satu tempat dengan melalui Sungai Pahang.

“Risau dan berdebar juga kerana dari 8 pagi sampai 3 petang tadi masih di atas air. Hujan tak berhenti sepanjang hari dan semakin lebat

“Terkejut juga jalan semua dah macam sungai, langsung tiada kereta dah, semua kena naik bot,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here