71 kes kematian dalam tempoh 9 hari, Dr Noor Hisham luah kesedihan

0
106
Dr Noor Hisham meluahkan kebimbangan dengan pertambahan mendadak kes kematian akibat Covid-19 sejak beberapa hari lalu

CYBERJAYA – Hanya dalam tempoh sembilan hari kita, negara mencatatkan sebanyak 71 kes kematian akibat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut amat membimbangkan berbanding dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun lalu.

Katanya, ketika itu jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.

“Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.

Kes harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka membimbangkan dengan kes harian melebihi angka 2,000 kes setiap hari.

Keadaan yang merisaukan itu menyebabkan orang ramai meminta kawalan lebih ketat diambil bagi mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here