Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Jakim yang baharu

0
262
Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober 2020.

CYBERJAYA – Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Surat pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Jakim telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman, beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober 2020.

“Anak kelahiran Kelantan ini berkelulusa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memiliki Sijil Kaunseling dan Pengurusan Agama dari Muslim College London.

“Beliau berpengalaman sebagai penjawat awam lebih 34 tahun dan pernah berkhidmat di luar negara sebagai Pegawai Agama di Kedutaan Malaysia Tokyo, Jepun dan Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jakim pada 1 April lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here