Ahli farmasi ditahan kerana sabotaj vaksid Covid-19

0
177
Lebih 500 dos vaksin Covid-19 keluaran firma Moderna rosak setelah didapati dikeluarkan daripada peti simpanan sejuk dengan sengaja pada Sabtu lalu. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

WISCINSIN – Pihak berkuasa menahan seorang ahli farmasi semalam kerana disyaki mensabotaj lebih daripada 500 dos vaksin Covid-19 yang disimpan untuk proses inokulasi orang ramai.

Menurut Reuters, ahli farmasi itu yang bertugas di Pusat Perubatan Aurora di bandar Grafton, sebelum ini telah dipecat kerana siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu tidak disengajakan.

Namun, siasatan lanjut mendapati perbuatan ini disengajakan setelah suspek membuat pengakuan.

Siasatan insiden ini sedang dilakukan oleh pihak polis, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi mengenal pasti motif suspek berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here