Ahli keluarga Dr Mahathir dijangkiti Covid-19

0
492
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Namun begitu, Dr Mahathir berkata, disebabkan gejala yang dialaminya tidak teruk, dia tidak dapat dimasukan ke hospital
sebaliknya hanya diarah menjalani kuarantin di rumahnya sahaja.

“Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasukan ke hospital.

“Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4,000 dikesan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dr. Mahathir berkata, situasi itu dapat dielakkan sekiranya mereka dikuarantin secara berasingan daripada keluarga.

“Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

“Sudah tentu tempat kuarantin hendaklah sesuai. Daripada gambar yang diperolehi katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak kementerian dapat mengatasi isu itu dengan segera termasuk dengan mendapatkan pandangan doktor pakar lain.

.”Khidmat Pengarah Kesihatan amat dihargai tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here