Ahli Parlimen yang utus warkah kepada Agong perlu buat pengakuan terbuka

0
432
Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa mana-mana Ahli Parlimen yang mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong agar membatalkan darurat membuat pengakuan secara terbuka.

Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya berkata, Ahli Parlimen tidak perlu malu dengan apa yang mereka perjuangkan  dan rakyat juga dapat tahu ‘once and for all’ berapakah jumlah yang benar-benar membantah itu.

“Semalam, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menggesa ahli-ahli Parlimen sama ada yang berada dalam kerajaan mahupun pembangkang untuk mengutus surat kepada Yang Di-Pertuan Agong agar membatalkan darurat yang diisytiharkan secepat mungkin.

“Ini sekaligus menandakan Anwar menolak pembentukan Jawatankuasa Khas Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan pihak berkaitan bagi mengendali perjalanan darurat negara.

“Perkembangan ini amat menarik untuk diperhatikan secara rapat untuk mengetahui Ahli Parlimen manakah yang benar-benar menolak darurat. Lebih menarik perhatian kita ialah untuk melihat sejauh manakah ‘sebahagian besar’ ahli-ahli parlimen kerajaan yang sebelum ini bersungguh-sungguh membantah darurat dan mahukan pilihanraya diadakan segera?.

“Apakah mereka benar-benar ‘cakap serupa bikin’ atau hanya ‘menyakat-nyakat’ sahaja selama ini?,” katanya dalam satua kenyataan hari ini.

Menurut Aminuddin, semua Ahli Parlimen diminta tidak berselindung atau hantar ‘sorok-sorok’ kerana rakyat juga mahu tahu apakah alternatif kepada pengisytiharaan darurat, jika mereka membantah. 

“Apakah jaminan agar pilihanraya tidak terpaksa diadakan sewaktu penularan kes Covis-19 sedang tinggi ini? Mengapakah tidak dituntut sahaja agar janji pilihanraya benar-benar akan dilakukan sebaik sahaja kes Covis-19 reda sahaja?.

“Sebenarnya kita ternanti-nanti juga satu cadangan yang konklusif dari mereka yang membantah darurat ini kerana terlalu banyak spekulasi yang akhirnya mengelirukan rakyat sahaja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here