Aiskrim positif Covid-19, potensi jangkitan

0
273
Gambar hiasan

BEIJING – Kerajan China mengesahkan berlaku ‘pencemaran’ virus Covid-19 pada produk aiskrim yang dikeluarkan oleh Syarikat Makanan Tianjin Daqiaodao di sini. 

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara itu kini sedang berusaha untuk mengesan individu berisiko dijangkiti selepas tiga sampel aiskrim dicemari Covid-19.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kira-kira 4,836 kotak aiskrim tempatan dikeluarkan berkenaan yang dipasarkan di Tianjin didapati tercemar dan 2,089 daripadanya sudah diletakkan di ruang penyimpanan.

China Daily melaporkan sebanyak 1,812 lagi telah diedarkan ke wilayah lain dan 935 sudah memasuki pasar raya tempatan, namun hanya 65 terjual.

Susulan itu, pengguna yang membeli kotak aiskrim seberat 450 gram yang dihasilkan menggunakan serbuk susu dari Ukraine dan dadih susu dari New Zealand digesa merekodkan pergerakan mereka bagi memudahkan pengesanan jangkitan berpotensi.

Seramai 1,662 kakitangan syarikat itu juga sudah diarahkan menjalani pengasingan diri dan menjalani ujian saringan.

Sementara itu, ahli virologi di University of Leeds, Dr. Stephen Griffin berkata, situasi itu mungkin berpunca daripada kontak sample aiskrim dengan manusia.

“Ia mungkin berpunca daripada kilang pengeluar dan tahap kebersihan di premis tersebut. Aiskrim diperbuat daripada lemak dan ditempatkan pada suhu sejuk beku menyebabkan virus itu dapat bertahan lama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here