Amaran cuaca buruk dan hujan lebat di Pahang, Johor serta Sabah dan Sarawak

0
140
MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat di empat negeri

CYBERJAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah, sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut dikeluarkan membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak. , Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, di Sandakan serta Labuan.

“Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat dan Sandakan di Beluran dalam tempoh sama,” menurut kenyataan itu hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here