Amaran cuaca buruk di Sarawak

0
55
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Beberapa bahagian di Sarawak dijangka mengalami cuaca buruk dengan hujan lebat sehingga esok, menurut ramalan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman manakala amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat sehingga Rabu.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/j dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh sama, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/j dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Sabah Barat dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan kejadian ini boleh menyebabkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here