Anggota polis jalani kuarantin Covid-19 di rumah meninggal dunia

0
476
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang anggota polis yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia ketika menjalani tempoh kuarantin di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, allahyarham menjalani ujian saringan Covid-19 pertama pada 22 Januari selepas mengalami demam dan didapati positif.

Beliau berkata, Allahyarham yang berusia 53 tahun merupakan sarjan pengawal pengiring di cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Allahyarham melakukan ujian saringan kedua pada keesokan harinya dan keputusannya turut positif Covid-19.

“Oleh demikian, Allahyarham telah menjalani kuarantin di rumahnya bermula dari tarikh ujian saringan pertama hingga 1 Februari ini, namun meninggal dunia malam semalam pukul 8.29 malam di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, prosedur pengurusan jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah selesai kira-kira pukul 4.40 petang tadi.

“Pegawai perubatan HTAR Klang telah mengesahkan kematian allahyarham adalah disebabkan ‘Death Due To Covid-19’.

“Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Sireh pukul 5.45 petang tadi,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here