Anwar cadang semua Ahli Parlimen utus warkah rayuan kepada Agong batal darurat

0
283
Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Warkah berkenaan untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen sesegera mungkin.

Anwar selaku ketua pembangkang berkata, dalam surat itu, beliau telah mencadangkan kepada semua Ahli Parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

“Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua YB (Ahli Parlimen) atau parti. 

“Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat.

“Seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, COVID-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here