Anwar dakwa cukup majoriti lagi

0
153
Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mendakwa mempunyai bilangan kerusi yang cukup di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Anwar sebelum ini sudah dua kali mengumumkan perkara yang sama namun gagal membuktikan senarai terperinci Ahli Parlimen seperti didakwanya.

Presiden PKR itu berkata, perkara itu bagaimanapun perlu menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dipersembahkan.

“Kalau tanya saya sekarang jumlah mencukupi,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Turut bersama beliau dalam program yang disiarkan secara langsung di Facebook MPN itu adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here