Apa itu kontak rapat: Terdedah kepada kes positif kurang 1 meter, lebih 15 minit

0
133
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA- Pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 adalah sangat penting pada ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan langkah itu bagi mengekang jangkitan Covid-19 daripada berleluasa.

“Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19.

“Langkah berkenaan untuk membendung jangkitan dengan segera,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter hari ini.

Noor Hisham turut menjelaskan definisi sebenar kontak rapat.

“Kontak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here