Arak di PKRC: Pesakit bawa sendiri atau dibantu kakitangan dalaman?

0
103
Sekumpulan indvidu minum minuman keras di PKRC di Sabah

KOTA KINABALU- Sekumpulan individu yang minum minuman keras di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) dipercayai membawa sendiri bir ke pusat berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, siasatan lanjut berhubung kelakuan berkenaan masih dijalankan.

Beliau berkata, siasatan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak PDRM tidak menolak kemungkinan minuman keras itu dibawa sendiri penghuni atau dibantu kakitangan bertugas.

“JKNS memandang serius perkara ini dan jika terdapat bukti kakitangan jabatan terbabit, tindakan tatatertib boleh dikenakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A)395].

“Pengurusan PKRC terbabit memulakan pemeriksaan mengejut ke atas beg pesakit yang dibawa masuk ke PKRC bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung mengenai perkembangan harian Covid-19 di Sabah semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here