Armada nafi ahlinya ditangkap sebab dadah

0
165
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menafikan terdapat dalam ahlinya yang ditahan polis kerana memiliki ganja seperti yang tular dalam media hari ini.

Menurut sayap pemuda parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, sebarang salah laku dalam kalangan ahli akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib.

“Kami akan serahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah portal hari ini melaporkan seorang ahli sebuah biro dalam Armada telah ditangkap polis kelmarin atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Suspek yang berusia 35 tahun telah ditahan pada Rabu lalu di Fraser Business Park di Kuala Lumpur atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Selain itu, suspek tersebut turut didakwa pernah bertanding di sebuah kawasan Parlimen di Perak dalam pilihan raya umum yang lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here