Arsenal tersingkir dalam saingan Piala FA

0
63
Pemain Southampton meraikan kemenangan ke atas Arsenal semalam

LONDON – Juara bertahan, Arsenal, tersingkir daripada Piala FA selepas tumpas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat malam tadi.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes pada minit ke-24 mengesahkan kemenangan Southampton di Stadium St. Mary’s.

Mikel Arteta merehatkan Pierre-Emerick Aubameyang dan Emile Smith Rowe dalam perlawanan dan Bukayo Saka hanya dibawa masuk pada babak kedua.

Menanti Southampton pada pusingan kelima adalah satu lagi kelab Liga Perdana, Wolverhampton yang menang tipis 1-0 ke atas kelab liga bawahan Chorley, awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here