AS batalkan hasrat tarik diri dari WHO

0
43

WASHINGTON – Amerika Syarikat telah menarik balik keputusan untuk meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).

Menurut The Guardian, keputusan tersebut dimaklumkan oleh Presiden AS, Joe Biden menerusi sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

“WHO memainkan peranan penting dalam usaha kita melawan Covid-19,” kata Biden dalam surat tersebut.

Keputusan menarik diri daripada menyertai WHO dibuat oleh presiden AS terdahulu, Donald Trump yang menuduh WHO menyorokkan maklumat berkenaan pandemik berkenaan tanpa mengemukakan sebarang bukti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here