AstraZeneca jangka dapat bekalkan 2 juta dos vaksin seminggu di UK

0
41

LONDON – Kira-kira 2 juta dos vaksin keluaran firma AstraZeneca akan diedarkan setiap minggu di United Kingdom mulai pertengahan Januari nanti.

Menurut laporan The Times, vaksin yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Oxford itu baharu diluluskan bagi kegunaan di negara tersebut, Rabu lalu.

“Rancangan kami adalah untuk menggandakan pengeluaran (vaksin tersebut).

“Kami jangka kami akan mula mengedarkan sebanyak 2 juta dos pada minggu ketiga Januari nanti,” kata seorang jurucakap firma tersebutbyang tidak dinamakan.

Difahamkan, UK telah memesan sebanyak 100 juta dos vaksin berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here