Austin catat sejarah lelaki berkulit hitam pertama pegang jawatan Setiausaha Pertahanan AS

0
164

WASHINGTON – Senat hari ini mengesahkan pelantikan Lloyd J. Austin sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Austin, 67, merupakan lelaki berkulit hitam pertama dalam sejarah yang memegang jawatan penting tersebut, kata LA Times.

Bekas jeneral 4 bintang itu merupakan individu kedua dalam kabinet Presiden Joe Biden disahkan Senat, selepas Avril Haines disahkan ke jawatan Pengarah Perisikan Nasional pada hari Rabu lalu sejurus upacara angkat sumpah Biden.

Sebelum bersara pada 2016, Austin merupakan lelaki kulit hitam pertama yang memegang jawatan Pemerintah Pusat Strategik Tengah (CENTCOM) yang bertanggung jawab terhadap semua operasi ketenteraan AS di Timur Tengah, Asia Tengah dan sebahagian Asia Selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here