Banjir di Pahang makin buruk, lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke PPS

0
228
Timbalan Menteri Kewangan, Shahar Abdullah membantu penduduk di Paya Besar yang terperangkap dalam banjir di Pahang

KUANTAN – Sebanyak 67 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah di Pahang setakat pukul 6 petang hari ini berikutan keadaan banjir yang semakin teruk.

Berdasarkan laporan portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 3,122 mangsa daripada 868 keluarga ditempatkan di 67 PPS.

Menurut JKM, Raub merekodkan jumlah PPS paling banyak iaitu 26 PPS, diikuti 11 PPS di Kuantan, Maran (lapan), Jerantut dan Rompin masing-masing enam, Temerloh (lima), Lipis (dua) dan satu PPS di Bentong.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta semua pihak yang terlibat mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan pengawasan keselamatan terutamanya golongan kanak-kanak dan warga emas.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melakukan tinjauan keadaan banjir di Taman Amalina Perdana, Raub hari ini

Beliau juga meminta orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, Wan Rosdy melakukan tinjauan keadaan banjir di Taman Amalina Perdana, Raub dan meluangkan masa menziarahi mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam, Raub.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here