Bank masih untung, moratorium perlu secara automatik

0
125
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki 

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu kerajaan mengeluarkan arahan jelas supaya pelanjutan tempoh moratorium pinjaman secara automatik bukan atas penilaian dan budi bicara pihak bank semata-mata.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki  dalam kenyataan dikongsikan hari ini berkata, gesaan itu berdasarkan 7 alasan yang perlu dipertimbangkan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. 

Katanya, berbanding PKP terdahulu, rakyat kini lebih terkesan kerana ramai yang hilang pekerjaan, dipotong gaji ataupun dikurangkan elaun, perniagaan terjejas dan ada yang terpaksa gulung tikar akibat kelembapan ekonomi.

Tambah beliau, sektor perniagaan serta industri kecil dan sederhana yang terkesan dan belum sempat pulih kini berdepan dengan kesan gandaan negatif ekonomi.

“Walaupun moratorium diberikan sekurang-kurangnya 6 bulan pada PKP 1.0, ternyata sektor perbankan terus mencatatkan keuntungan besar pada tahun lepas. 

“Tidak dinafikan ada sedikit penurunan keuntungan sektor perbankan, tetapi jauh sekali daripada mengalami kerugian,’’ ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, langkah melaksanakan rasional ekonomi ketika krisis penting untuk memastikan rakyat boleh terus berbelanja agar kitaran wang terus rancak bagi memastikan permintaan dalam ekonomi berkembang, sekaligus mengelakkan pengucupan ekonomi.

Justeru tambah beliau, penangguhan bayaran pinjaman untuk tempoh masa tertentu boleh mengurangkan ketirisan keluar aliran kewangan daripada kitaran ekonomi hingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan menyukarkan proses pemulihan ekonomi itu sendiri.

Beliau berkata, statistik berkenaan pendapatan sektor perbankan di Malaysia, kos serta keuntungan sebelum cukai bagi sektor ini sehingga enam bulan pertama tahun 2020 dapat dilihat di rajah 2.13 dalam laporan Bank Negara boleh diakses di link https://www.bnm.gov.my/fsr-2020.

Menurutnya, perlanjutan tempoh moratorium secara automatik tidak akan membawa masalah kepada pihak bank.

“Ini kerana dalam laporan Bank Negara terbaru berkenaan Kestabilan Kewangan di bawah tajuk Financial Institution Soundness and Resilience yang boleh diakses di laman ini https://www.bnm.gov.my/fsr-2020 , jelas menyatakan bahawa sektor perbankan di Malaysia berada dalam kedudukan modal yang ampuh dengan ‘Aggregate Capital Buffers’ berjumlah RM121.6 billion. 

“Ini bermakna, sektor perbankan pada kedudukan yang kukuh untuk menyerap sebarang tekanan dan kerugian jangka pendek,’’katanya.

Menurut Asyraf Wajdi lagi, dengan kekukuhan sektor kewangan, kewajaran perintah moritorium secara automatik lebih utama bagi mengurangkan tekanan ekonomi dalam sektor ekonomi benar atau real econony (bukan kewangan) terutama yang melibatkan perbelanjaan kepenggunaan.

Justeru itu katanya, Pemuda UMNO mengharapkan kerajaan memanfaatkan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk membuat pengarahan jelas kepada institusi kewangan bagi tujuan lanjutan moratorium secara automatik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here