Bantu orang kita sendiri, jom berbelanja di Malakat Grocer

0
85
Antara pelanggan yang membeli barangan dapur di Malakat Grocer

CYBERJAYA- Setiap individu mempunyai hak untuk memilih dimana dan barangan apa yang ingin dibeli ketika berbelanja.

Memang betul, pengguna mempunyai kuasa dan tiada sesiapa yang boleh halang atau paksa untuk berbelanja di mana-mana.

Bagaimanapun, untuk pengguna Islam, adalah disarankan untuk terus membangunkan ekonomi Islam itu sendiri.

Malakat Mall dalam hantaran Facebooknya berkata, pengguna Islam sudah pastinya  memilih untuk berbelanja kedai milik peruncit Islam.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak akhir-akhir ini ramai tanya nak beli barang dapur di mana, makan di mana, berbelanja di mana? Mengapa? Sebab kita mempunyai hak untuk pilih!

“Sebagai pengguna Islam sudah pastinya memilih untuk berbelanja kedai milik peruncit Islam.

“Peruncit dari pengedar, pengedar dari peladang Islam, barulah pembangunan ekosistem Islam itu dapat dibangunkan.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai contoh, buat masa ini, kumpulan Malakat melalui Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bersama pihak yang terlibat berusaha membangunkan kuasa pengguna, bukan setakat hak pengguna.

“Kita nak bangunkan dari segi kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh pengguna bersama para usahawan tanpa bergantung kepada sistem riba.

“Kalau itu pun tak nak sokong, korang nak sokong apa ya? Jadi, ajak orang sekeliling kita berbelanja di Malakat Grocer,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here