Bantuan GKP diperluas untuk usahawan PKS seluruh negara

0
145
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 500,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi insentif itu usahawan di tujuh negeri PKP akan menerima bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

“Perluasan inisiatif GKP Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

“Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kkerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit, seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

Katanya, sejumlah RM1 bilion kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah RM390 juta oleh Bank Simpanan Nasional, RM350 juta oleh Agrobank dan RM295 juta oleh TEKUN.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here