Banyak dah masa terbuang, layan orang minta hutang – Zamsaham

0
595
Zamsaham ketika awalm pembabitannya bersama Kelantan FC

CYBERJAYA- Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sudah menjelaskan panjang lebar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penswastaan pasukan berkenaan.

Norizam atau lebih dikenali Zamsaham berkata, ketika pertemuan pada 7 Januari di Wisma FAM, beliau sudah menjelaskan perjanjian ambil alih Kelantan FC kerana penswastaan bernilai RM6.8 juta.

Katanya, sebanyak RM3 juta merupakan nilai belian dan beliau dahulukan RM3.8 juta lagi atas permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk selesaikan baki-baki hutang yang ada.

“KAFA dah janji akan pastikan selain RM6.8 juta, jika ada tuntutan lain KAFA akan tanggung. Setebal 34 surat dah ‘spellout’ secara terperinci perjanjian, apa tangungjawab masing-masing.

“Pada pertemuan itu, saya datang dengan peguam untuk jelaskan hal sebenar. Pihak KAFA diwakili oleh Muzakkir (Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid) juga dah jelaskan akan tanggungjawab untuk selesaikan baki RM118,000 yang ada.

“Maksudnya, saya dah tinggal focus pada pembangunan pasukan Kelantan FC dan KAFA selesaikan hal-hal lain. Seperti biasa sepatutnya FAM jadi pemudahcara.

“Memudahkan orang macam saya yang masuk MFL kerana penswastaan. Bukan banyak pun orang niaga yang ambik kelab 100 peratus di Malaysia ni. Saya beranikan diri kerana cinta dan semangat Bola Malaysia.

Zamsaham ketika meninjau sesi pemilihan pemain Kelantan FC di Kota Bharu, Kelantan

“Apabila KAFA dah setuju, ikat dia dengan perjanjian. saya dah nak focus pada pasukan. Banyak dah masa terbuang, layan orang minta hutang,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya malam ini.

Bagaimanapun katanya, segala-galanya bermula pada 13 Januari apabila Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berikan komen Kelantan FC bakal ditolak tiga mata di portal Bernama.

“Semua akhbar baik utama atau media sosial siarkan berita ini. Selepas saya hubungi dia (Stuart) tak dapat, saya pun naikkan status di Facebook kenapa Kelantan FC perlu dibuli…kenapa?

“Selepas itu, Stuart kata saya yang terburu-buru. Wartawan salah kerana ‘spin’. Jika benar wartawan spin, kan mudah keluarkan satu kenyataan minta wartawan tarik balik kenyataan yang dah dikeluarkan. Tentu dah lama selesai.

FAM sepatutnya menjadi pemudahcara untuk penswataan pasukan di Malaysia-Zamsaham

“Seperti biasa FAM boleh keluarkan kenyataan dengan membelakangkan Kelantan FC, tetapi Kelantan FC pula tidak boleh keluarkan kenyataan mengkritik, walhal yang mulakan bukannya saya.

“Saya buat kerja, saya tak pandai nak main wayang. Sebenarnya saya sukan kedamaian, suka tengok pokok dan nangka dan air terjun. Biar saya fokus pada kerja membina The Red Warriors yang dah hampir karam.

“Alhamdulillah dalam masa empat bulan, kita selesai masalah ‘Transfer Ban’ dari FIFA. orang kata mustahil terapi kita dah buktikan.

“Kita memang mahukan kedamaian, jangan senyum didepan tetapi dibelakang berniat membuli. Jika ini yang berlaku, memang layaklah kedudukan 153 kita di rangking dunia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here