Bayaran BPN 2.0 pada 21 Januari

0
69
Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Pemohon fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan mula menerima bayaran bantuan itu bermula 21 Januari ini, menurut Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam kenyataan hari ini, Zafrul memaklumkan kerajaan akan menkreditkan bayaran ke akaun 11.06 juta penerima B40.

“Bagi penerima M40, bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 25 Januari. Bagi bayaran tanpa akaun pula, penerima boleh menuntut bayaran di Bank Simpanan Nasional,’’ katanya. 

Menurutnya, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut wang pembayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal Februari sehingga 1 April.

“Lokasi tuntutan wang bakal diumumkan pada akhir bulan Januari,” katanya.

Katanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta yang terdiri daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah.

“Bayaran bagi bantuan kali ini melibatkan jumlah RM7.18 bilion,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here