Beberapa lokasi di Arab Saudi, Algeria ditimpa salji

0
463
Gambar dirakam jurugambar tempatan menunjukkan salji turun menyelimuti satu lokasi di wilayah Aseer, Arab Saudi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

RIYADH – Beberapa buah kawasan di Arab Saudi dan Algeria mengalami fenomena salji apabila suhu setempat jatuh ke bawah 0 darjah Celcius.

Di Arab Saudi, wilayah Aseer yang terletak bersempadanan dengan Yemen ditimpa salji pad a10 Januari lalu, kata portal watchernews.com.

Kawasan tersebut turut dilanda cuaca sejuk dengan suhu turun serendah -2 darjah Celcius.

Sementara itu, di Algeria, salji turut dilaporkan turun di wilayah Ain Sefra, sebuah kawasan yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut dan dikelilingi Banjaran Atlas.

Gambar kawasan bergurun yang diselimuti salji di Ain Sefra, Algeria yang dirakam oleh jurugambar tempatan, Karim Bouchetata. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Menurut rekod awam, ini merupakan kali kedua kawasan yang turut dikenali sebagai pintu masuk ke kawasan gurun Sahara itu tersebut diselimuti salji, dengan kali pertama berlaku pada 18 Februari 1979.

Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here