Beregu Malaysia kalah lagi

0
139
Aaron dan Wong Yik  tewas 13-21, 18-21 dalam perlawanan akhir Terbuka Thailand Toyota di Bangkok sebentar tadi

CYBERJAYA- Beregu lelaki Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin sekali lagi menjadi penghalang untuk pasangan negara bergelar juara.

Kali ini giliran gandingan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menjadi mangsa pasangan nombor tujuh dunia itu.

Aaron dan Wong Yik  tewas 13-21, 18-21 dalam perlawanan akhir Terbuka Thailand Toyota di Bangkok sebentar tadi.

Minggu lalu, pasangan profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut dikecewakan Lee Yang-Chi Lin pada aksi final Yonex Terbuka Thailand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here