Berhenti beli dan makan daging import sehingga isu selesai

0
101
Daging import dipasaran ketika ini diragui status halalnya

CYBERJAYA- Umat Islam disarankan berhenti membeli dan memakan daging import buat seketika sehingga isu kartel daging diselesaikan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ia juga bagi mengelak daripada sebarang penipuan.

“Biarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sahkan dahulu, kita tidak mahu ramai Melayu Islam tertipu dalam isu kartel daging ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abu Zahar Ujang

“Ia bukan sahaja soal agama semata-mata. Apabila makan akan menjadi darah daging, makan benda haram adalah tidak bagus.

“Perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin, saya sendiri sudah berbincang dengan banyak pihak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Baru-baru ini, media mendedahkan terdapat kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah.

Menurut Abu Zahar, beliau percaya punca sebenar isu berkenaan berlaku ialah kerana kelemahan penguatkuasaan.

“Dasar ada, tetapi pelaksanaan tidak dipantau. Ia menyebabkan berlakunya penipuan, salah guna kuasa termasuk cop palsu.

Daging tempatan adalah pilihan terbaik buat masa ini

“Kita perlu ambil tindakan, kita ada 20 peruntukan undang-undang, melalui undang-undang ini kita boleh berikan hukuman berat,” katanya.

Mengulas lanjut, mencadangkan agar Jakim turut membuat laporan polis berhubung isu kartel daging kerana ia melibatkan penipuan.

“Jakim patut membuat laporan polis sebab berlaku peniuan dan sebagainya, ia perlu kerana ramai yang ambil kesempatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here