Berpakaian wanita, Nur Sajat tidak mengaku bersalah

0
107
Tangkap layar video memaparkan Nur Sajjat menangis ketika didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah , Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik lelaki berperwatakan wanita, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berpakaian seperti wanita di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pertuduhan terhadap Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan gelaran Nur Sajat  dibacakan di depan Hakim Syarie, Mohamad Khalid Shaee @ Shaii pada  6 Januari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Sajjad didakwa menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara berpakaian menyerupai wanita di dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Nursajat Beauticion, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16,  pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Memetik laporan Berita Harian, mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Sajjad diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 23 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Sebelum ini tular di laman sosial, rakaman video yang memaparkan usahawan kosmetik itu menangis dalam keadaan bergari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here