Damailah kau di sana, adik Zubaidi

0
2809
Zubaidi Amir Qusyairi (dalam bulatan) Abd Malek bersama keluarga angkatnya.

MELAKA – Tiada perkataan dapat mengambarkan nasib malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, kanak-kanak tersebut, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek didakwa lemas di dalam sebuah tong air di rumahnya.

Bagaimanapun katanya, siasatan yang dilakukan mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa dan susulan itu polis telah menahan ibu mangsa,32 dan bapa tiri,38.

“Kira-kira jam 4 petang semalam, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal menemukan kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

GAMBAR kenangan mangsa (depan,tengah) bersama keluarga Tuhfah Nazihah. FOTO Ihsan Tuhfah Nazihah Md Tarmidi

Mangsa sebelum ini dikatakan tinggal bersama keluarga angkat selama lebih 6 tahun dan baharu diserahkan kepada ibu kandungnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dalam video yang tular hari ini, hari-hari terakhir mangsa bersama keluarga kandung sebelum diserahkan kepada ibunya mengundang kesedihan dan kemarahan nitizen.

Zubaidi Amir Qusyairi dalam tangkap layar video yang disiarkan oleh keluarga angkat mangsa Selasa lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here