BN pecat Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung?

0
426
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA- Portal berita Malaysikini hari ini melaporkan Barisan Nasional  (BN) memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung.

Menurut laporan portal itu, tempat Annuar akan digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan UMNO dengan ketua-ketua bahagainnya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Keputusan  itu dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.

Sebelum ini, Annuar lebih cenderung kepada gabungan Perikatan Nasional (PN) ketika sentimen berbeza dalam UMNO iaitu parti dominan dalam BN.

Semalam, Annuar menegaskan akan mempertahankan keputusan menolak DAP dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedia dipecat susulan pendirian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here