Bunyi letupan misteri gemparkan penduduk Labuan, Sipitang dan Beaufort

0
879

CYBERJAYA – Penduduk di sekitar daerah Sipitang dan Beaufort di Sabah serta Labuan panik seketika apabila digemparkan dengan satu bunyi letupan dan gegaran kira-kira 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani mengesahkan, pihak polis telah menerima satu laporan berkenaan insiden berkenan.

Beilau turut berkata, susulan kejadian, Bilik Gerakan IPD Labuan telah menghubungi semua lokasi sasaran penting di wilayah tersebut namun tiada insiden dilaporkan berlaku.

“Elemen-elemen aktif PDRM IPD Labuan juga telah digerakkan untuk membuat pemantauan juga kapal-kapal laut di sekitar perairan namun tiada apa-apa kesan letupan yang ditemui,” kata Mohd. Ibrahim dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sehingga kini, belum ada petunjuk mengenai punca bunyi letupan dan gegaran kecil tersebut berasal.

“Pihak Polis menasihatkan agar orang ramai tidak berasa panik dan menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu ketenteraman awam,” tambah Mohd. Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here