Bye-bye Liverpool…

0
74
Bruno Fernandes meraikan jaringan kemenangan ke atas Liverpool awal pagi tadi

MANCHESTER – Sepakan bebas menarik Bruno Fernandes membantu Manchester United menyingkirkan musuh ketat mereka Liverpool  dengan jaringan 3-2 di pusingan keempat Piala FA di Old Trafford awal pagi tadi.

Perlawanan hari ini berlangsung lebih menarik berbanding aksi liga minggu lalu  dengan United dan Liverpool saling berbalas serangan, sebelum anak-anak buah Klopp ditunjukkan jalan keluar.

Kekalahan Reds menambah tekanan pengurus mereka, Klopp yang masih dibayangi kekalahan memalukan kepada Burnley dalam aksi Liga Perdana, Jumaat lalu.

Klopp menurunkan barisan terkuat hari ini dan semuanya tampak berjalan baik di awal permainan apabila Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-18.

Salah membuka tirai jaringan dalam pertemuan awal pagi tadi

Begitupun United membalas dengan pantas menerusi gerakan cantik Mason Greenwood, lapan minit kemudian hasil hantaran Marcus Rashford.

Memasuki babak kedua, Red Devils menggandakan asakan sebelum Rashford meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-48.

Perlawanan semakin menarik apabila Salah menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-58 selepas melakukan rembatan rendah di celah kaki penjaga gol, Dean Henderson.

Melihat Liverpool melancarkan serangan bertali arus ke kubu mereka, pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer membawa masuk Bruno Fernandes.

Bintang tengah Portugal itu membawa impak besar apabila menyempurnakan sepakan bebas yang cantik untuk jaringan kemenangan United pada minit ke-78.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here