CEO MAS Airlines bergenang air mata- Ebit Lew

0
500
Ebit Lew bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAS Airlines, Kapten Izham Ismail

CYBERJAYA – Walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19, MAS Airlines masih mengekalkan semua kru mereka.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Airlines, Kapten Izham Ismail kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menurut Ustaz Ebit, perkara berkenaan dikongsi oleh Izham ketika mereka bertemu hari semasa beliau dalam misi ke Sabah.

“Pohon doakan ya. Perjalanan misi bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Misi kami selama 10 hari di Sabah.

“Terharu sangat 18 orang team kami dapat harga khas. Lagi terharu CEO Mas Airlines Kapten Izham dan team tunggu dari Subuh lagi. 

“Siap layan saya dan hantar sampai kerusi. Malu rasa. Terima kasih Malaysia Airline, kami ada berbincang untuk misi lain-lain.

“MAS Airlines akan bersama dalam misi bantuan lain-lain. Mereka benar-benar terkesan covid 19. 

“Tapi syukur sehingga kini mereka kekalkan semua kru. Bergenang air mata CEO berbual tadi. Katanya semua ini ujian Allah. Kasih sayang Allah,” kongsi Ustaz Ebit di laman Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here