China: 22.8 juta dos vaksin Covid-19 sudah diedarkan

0
42

BEIJING – China sudah mengedarkan kira-kira 22.8 juta dos vaksin Covid-19.

Maklumat tersebut didedahkan oleh seorang pegawai kementerian kesihatan kepada Reuters, hari ini.

Sejak Disember lalu, pihak berkuasa semakin meluaskan program inokulasi meliputi kumpulan berisiko bagi mengelakkan sebarang penularan pada waktu musim luruh dan musim sejuk.

“Secara keseluruhannya, proses tersebut berjalan lancar dan teratur,” kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zeng Yixin.

Sasaran kini adalah untuk memastikan seramai 50 juta penduduk negara tersebut divaksin sebelum Tahun Baru Cina pada Februari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here