China giatkan usaha bina pusat kuarantin Covid-19 di Shijiazhuang

0
63

BEIJING – Kerajaan China sedang membina sebuah pusat kuarantin Covid-19 di bandar Shijiazhuang bagi membendung penularan pandemik itu di bandar tersebut.

Menurut laporan CCTV, operasi pembinaan tersebut sedang digiatkan, dan dijangka akan siap ‘dalam masa beberapa hari lagi’.

Apabila siap kelak, pusat tersebut dijangka dapat menempatkan seramai kira-kira 4,000 individu yang disahkan positif Covid-19.

Selain itu, kata pihak berkuasa, pusat berkenaan akan turut digunakan bagi menempatkan individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit positif.

Selain kemudahan perubatan, pusat tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan tandas dan bilik air, wifi dan penghawa dingin.

Walaupun berjaya mengekang penularan Covid-19 daripada menjadi lebih parah, China masih berdepan dengan penularan setempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here