Covid-19: 12 kluster baharu dikesan hari ini

0
54
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 12 kluster baharu Covid-19 dikesan diseluruh negara hari ini.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kluster pandemik yang dikesan di seluruh negara kepada 635.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 351 kluster telah diisytiharkan tamat, dengan empat daripadanya ditamatkan pada hari ini, iaitu kluster Bah Medan, Jalan Dalam, Nibong dan Dermaga.

Setakat ini, jumlah kluster aktif yang masih dipantau di seluruh negara adalah sebanyak 284.

Bagi kluster baharu, Johor melaporkan pertambahan sebanyak 3 kluster , diikuti 2 kluster masing-masing di Selangor dan Sabah, dan 1 kluster di Perak, Kelantan, Melaka, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya, dan WP Kuala Lumpur.

Sementara itu, kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah kluster Bukit Pasir di Johor dengan 171 kes baharu, diikuti kluster Tapak Bina Damai di WP Kuala Lumpur dengan 130 kes, dan kluster Beringin di Pualau Pinang dengan 112 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here