Covid-19: 16 kluster baharu di seluruh negara

0
118

CYBERJAYA – Sebanyak 16 kluster Covid-19 baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini, dengan kes baharu dilaporkan masih kekal melebihi angka 3 ribu.

Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 3,170 kes baharu dilaporkan di seuruh negara hari ini, dengan 3,162 kes melibatkan penularan tempatan, dan 8 kes import.

“Kluster baharu yang berjaya kita kesan melibatkan 11 daripada tempat kerja, 1 berkaitan upacara keagamaan, dan masing-masing 2 melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko,” kata Dr. Noor Hisham pada satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Bagi pecahan mengikut negeri, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur melaporkan bilangan kes tertinggi dengan 576 kes, diikuti Selangor dengan 545 kes, dan Johor dengan 423 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 172,549 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,490 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang puih daripada pandemik ini kepada 130,152 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 41,755 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 260 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 103 daripadanya menerima bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 12 kematian baharu turut dilaporkan di seluruh negara, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 642 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here