Covid-19: 1,741 kes baharu dilaporkan

0
99

CYBERJAYA – Sebanyak 1,741 kes baharu Covid-19 dicatat di seluruh negara pada hari ke-4 tahun 2021, hari ini.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 1,733 kes adalah akibat penularan tempatan, manakala 8 lagi adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar beliau tadi, negeri dengan angka kes baharu tertinggi adalah Selangor yang mencatat sebanyak 687 kes, diikuti Sabah dengan 303 kes, dan Johor dengan 295 kes.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 120,818 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,010 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 98,228 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 22,089 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 122 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat pandemik ini turut bertambah kepada 501 kes, apabila sebanyak 7 kes kematian baharu dilaporkan di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here