Covid-19: 2,232 kes baharu hari ini

0
35
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 2,232 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 6 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala kes penularan dalam negara pula adalah sebanyak 2,226 kes.

Bagi kes mengikut negeri, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 557 kes, diikuti oleh Johor 396 kes dan Sabah dengan 374 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 138,224 kes.

Sementara itu, bilangan kes yang diklasifikasikan sebagai telah pulih adalah sebanyak 1,006 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 109,115 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 28,554 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 187 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 4 laporan kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat pandemik ini kepada 555 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here