Covid-19: 2,985 kes baharu hari ini

0
13
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 2,985 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Kata Dr. Noor Hisham, daripada jumlah itu, 2,983 kes adalah akibat poenularan tempatan, manakala 2 lagi adalah kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes, diikuti oleh Johor dengan 535 kes dan Sabah dengan 450 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Secara keseluruhannya, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia kini meningkat kepada 144,518 kes.

Sementara itu, sebanyak 994 kes telah diklasifikasikan sebagai telah pulih, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 111,578 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 32,377 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan sedang dirawat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 197 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian di dalam negara akibat pandemik ini turut bertambah apabila sebanyak 4 lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian kepada 563 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here