Covid-19 : 3 lagi sekolah di Terengganu ditutup

0
158
SK Pusat Chabang Tiga yang merupakan antara sekolah ditutup ekoran kes Covid-19 di Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Tiga lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup selama tujuh hari ekoran pengesanan kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan sekolah.

Sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Pusat Chabang Tiga di Kuala Terengganu dan SK Bukit Apit, Hulu Terengganu.

Sebelum ini, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di sini ditutup selama 14 hari bagi proses sanitasi ekoran terdapat lapan kes positif Covid-19 dikesan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan itu adalah bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan dan mencegah penularan ekoran kakitangan sekolah itu disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari.

“Penutupan dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

“Kegagalan mematuhi arahan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta 342 dan jika sakit kesalahan di bawah Seksyen 24(a) boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya memetik Bernama hari ini.

Dr Nor Azimi Yunus

Sebelum ini, 12 sekolah di daerah Kuala Terengganu juga telah diarah tutup iaitu SK Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman, SK Gong Tok Nasek, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here