Covid-19 : 3,339 kes baharu, 7 kematian

0
49
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 3,339 kes baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan kes kumulatif sehingga kini berjumlah 158,434.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 3,324 kes merupakan penularan tempatan manakala kes import pula sebanyak 15.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes aktif dalam negara kini berjumlah 37,782 dan sedang mendapatkan rawatan.

“Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 1,314 kes, diikuti Sabah (393 kes) dan Johor (362 kes),” katanya.

KKM turut memaklumkan sejumlah 7 kematian direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kematian kini adalah 601 kes.

“Jumlah kes kematian sehingga kini adalah 601 kes manakala kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 240 kes dengan 93 kes memerlukan
Bantuan Alat Pernafasan,” katanya.

Sementara itu, kes pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu adalah 2,676 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ada 120,051 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here