Covid-19: 3,346 kes baharu hari ini

0
116
Statistik Kementerian Kesihatan

CYBERJAYA- Sebanyak 3,346 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, sekali gua menunjukkan berlaku penurunan berbanding 4,275 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan jumlah itu,kes kumulatif di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 183,801 kes. 

“Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjanngkitan di Malaysia ialah 41,677 kes. 

“Kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan 2,602 warganegara manakala 737 kes lagi warga asing.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 950 kes baharu diikuti Sabah (431) dan Kuala Lumpur (390),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat 11 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 678 kes bersamaan 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagi kes sembuh pula, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 4,427 kes dilaporkan pulih hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhannya iaitu 141,446 kes atau 77 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here