Covid-19: 3,508 kes baharu, 11 kematian dan 7 kluster baharu

0
103

Statistik terkini Covid-19 di Malaysia.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 3,508 kes positif Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu dengan 4,076 kes sembuh sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
peningkatan baharu itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 negara sebanyak 190,434 dengan jumlah kebolehjangkitan sebanyak 40,574 kes.

“Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,295 kes (36.1 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 948 kes (73.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 610 kes (17.0 peratus), dan Johor sebanyak 516 kes (14.4 peratus),” katanya dalam kenyataan berkaitan Covid-19 hari ini.

Sementara itu, sebanyak 11 kematian direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah keseluruhan kes maut akibat penularan wabak itu kini 700 orang.

“Jumlah kematian harian adalah 11 kes. Empat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes dari Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes dari Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

“Pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi sebanyak 280 kes dengan 11 yang menerima alat bantuan pernafasan,” katanya.

Statistik terkini Covid-19 di Malaysia

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 59 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan berkait dengan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

“Kes-kes ini membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Renggam (12 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Tembok Kemus (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 7 lagi kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kini sebanyak 753 kluster yang mana 356 daripadanya masih aktif dan 397 sudah tamat.

“Tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster yang melibatkan pusat tahanan.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (111 kes), Kluster Seri Bayu (61 kes), dan Kluster Jalan Platinum (33 kes),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here