Covid-19: 3,680 kes baharu, Johor catat 1,067 kes

0
108
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam yang lalu merekodkan 3,680 kes baharu positif covid-19 dengan 7 kematian di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 194,114

Beliau berkata, jumlah kes harian itu melibatkan 6 kes import manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan

“Jumlah kes tertinggi dikesan di Johor iaitu sebanyak 1,069 kes; diikuti Selangor (822); Kuala Lumpur (698); Sabah (295); Perak (181); Negeri Sembilan (112) dan Pulau Pinang (101)

“Negeri Kedah pula 76 kes; Sarawak (70); Terengganu (68); Kelantan (60); Melaka (63); Pahang (42); Putrajaya (19); Perlis (3) dan Labuan (1),” katanya dalam kenyatan media berkaitan Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 42,389 kes aktif di seluruh negara dengan 314 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 122 daripadanya memerlukan alat bantu pernafasan.

“Jumlah kes yang sembuh pada 24 jam yang lalu adalah 1,858orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 151,018 orang,” katanya.

Bilangan kes kematian terbaru itu menjadikan angka kes meningkat kepada 707 orang sejak wabak itu dikesan awal tahun lalu.

Statistik taburan kes Covid-19 di seluruh negara pada 27 Januari 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here